Pagi ini dikejutkan oleh sahabat untuk menunaikan amanah Allah untuk hamba-Nya., biasanya aku tidur bilik bersendirian kerana aku tiada "roommate" tapi semalam bertandang ke bilik sahabat.
Usai solat aku kembali mendapatkan selimut kerana semalam tidur lewat sebab study lebih cikit. Tapi sebelum tu, aku sempat menaip mesej untuk sahabtku yang sangat-sangat ku rindui.
"wahai sahabat, maafkan aku kerana selama ini aku tidak mengambil berat tentang dirimu. Sekarang aku sedar dan aku silap.. Aku amat merinduimu wahai sahabat.."
pukul 9 lebih bangun sebab kami nak ke Kuala Perlis untuk ambil pasport yang kami buat pada minggu lepas.
Naik bilik mandi-mandi dan bersiap. dikesempatan itu, aku sempat menunaikan dua rakaat sunat dhuha dan sedikit bacaan quran.
Ya Allah.. terima kasih kerana KAU memberi aku nikmat ini.. terasa hati ini cukup damai dan tenang, terima kasih Ya Allah..Tepat jam 11 pagi aku turun ke bilik sahabatku dan mereka sedia menanti untuk bertolak, cuma menuggu "Ustaz" datang je.
Segala penantian berakhir apabila melihat kereta kancil berwarna putih menyusur masuk ke perkarangan "parking" kereta. kami naik kereta dan terus bertolak ke destinasi.
Alhamdulillah segalanya selamat pergi dan balik......
Ya Allah..
terima kasih kerana memberi sahabat-sahabat yang baik
untukku..
rahmatMu terlalu luas untukku hitung..
perjalanan pergi dan balik ke Kuala Perlis hari ini diisi
dengan perkara-perkara yang sangat bermanfaat..
pelbagai persoalan diajukan kepada "Ustaz"..
aku bertindak sebagai pendengar sahaja, dua sahabatku bijak
mencari soalan yang bermain di kotak fikiran masing-masing..
Ya Allah, segala ilmu yang aku peroleh hari ini cukup
bermakna buatku..
"start from today, no one can take and replace Allah from my
heart"
Insya Allah..
tq my friends.

No comments:
Post a Comment