Monday, 28 May 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH DENGAN SEGALA RAHMATMU.

setelah sekian lama aku meniggalkan blog..

Pagi ini dikejutkan oleh sahabat untuk menunaikan amanah Allah untuk hamba-Nya., biasanya aku tidur bilik bersendirian kerana aku tiada "roommate" tapi semalam bertandang ke bilik sahabat.

Usai solat aku kembali mendapatkan selimut kerana semalam tidur lewat sebab study lebih cikit. Tapi sebelum tu, aku sempat menaip mesej untuk sahabtku yang sangat-sangat ku rindui.
 "wahai sahabat, maafkan aku kerana selama ini aku tidak mengambil berat tentang dirimu. Sekarang aku sedar dan aku silap.. Aku amat merinduimu wahai sahabat.."
pukul 9 lebih bangun sebab kami nak ke Kuala Perlis untuk ambil pasport yang kami buat pada  minggu lepas.

Naik bilik mandi-mandi dan bersiap. dikesempatan itu, aku sempat menunaikan dua rakaat sunat dhuha dan sedikit bacaan quran.
 Ya Allah.. terima kasih kerana KAU memberi aku nikmat ini.. terasa hati ini cukup damai dan tenang, terima kasih Ya Allah..


Tepat jam 11 pagi aku turun ke bilik sahabatku dan mereka sedia menanti untuk bertolak, cuma menuggu "Ustaz" datang je.
Segala penantian berakhir apabila melihat kereta kancil berwarna putih menyusur masuk ke perkarangan "parking" kereta. kami naik kereta dan terus bertolak ke destinasi.

Alhamdulillah segalanya selamat pergi dan balik......


Ya Allah..
terima kasih kerana memberi sahabat-sahabat yang baik untukku..
rahmatMu terlalu luas untukku hitung..
perjalanan pergi dan balik ke Kuala Perlis hari ini diisi dengan perkara-perkara yang sangat bermanfaat..
pelbagai persoalan diajukan kepada "Ustaz"..
dan dengan rendah diri menjawab segala persoalan.
aku bertindak sebagai pendengar sahaja, dua sahabatku bijak mencari soalan yang bermain di kotak fikiran masing-masing..
Ya Allah, segala ilmu yang aku peroleh hari ini cukup bermakna buatku..
"start from today, no one can take and replace Allah from my heart"
Insya Allah..
tq my friends.

Monday, 20 February 2012

CINTA SERING DIDAMBAKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

Aku Sang Pencari Cinta,
Mencari cinta yang Hakiki
Mencari cinta sang pencipta
cinta Dia cinta yang teragung
Dia adalah kekasih yang paling hebat, kerna
Dia mampu tunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya
tiada kekasih yang mampu menandingi kasih Dia
Cinta Dia membuatkan manusia GEMBIRA tak terkata
Cinta Dia SERING didambakan oleh semua hamba
Cinta Dia melebihi cinta manusia biasa
Cinta Dia KEKAL untuk selamanya
aku sang pencari Cinta memburu Cinta-Nya...

suatu ketika aku pernah menikmati Cinta Dia, namun
aku alpa, aku leka, sehinggakan Cinta yang teragung yang pernah aku miliki, aku nikmati pergi meniggalkan aku.
aku bertekad untuk memburu cintaku kembali
Cinta yang bisa membuatkan hatiku TENANG
Cinta yang bisa membuatkan hatiku BAHAGIA
Cinta yang bisa membuatkan hatiku GEMBIRA
aku kembali memburu cintaMu kerna,
CintaMu membuatkan aku bahagia kerna,
CintaMu menjamin ku ke syurga.

CINTAILAH DIA KERANA DIA YANG PALING LAYAK UNTUK DICINTAI
CINTA ANUGERAH DARI DIA UNTUK PARA HAMBANYA
OLEH ITU, KEMBALIKANLAH CINTA KEPADA SANG PENCIPTA CINTA....