Aku Sang Pencari Cinta,
Mencari cinta yang Hakiki
Mencari cinta sang pencipta
cinta Dia cinta yang teragung
Dia adalah kekasih yang paling hebat, kerna
Dia mampu tunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya
tiada kekasih yang mampu menandingi kasih Dia
Cinta Dia membuatkan manusia GEMBIRA tak terkata
Cinta Dia SERING didambakan oleh semua hamba
Cinta Dia melebihi cinta manusia biasa
Cinta Dia KEKAL untuk selamanya
aku sang pencari Cinta memburu Cinta-Nya...
suatu ketika aku pernah menikmati Cinta Dia, namun
aku alpa, aku leka, sehinggakan Cinta yang teragung yang pernah aku miliki, aku nikmati pergi meniggalkan aku.
aku bertekad untuk memburu cintaku kembali
Cinta yang bisa membuatkan hatiku TENANG
Cinta yang bisa membuatkan hatiku BAHAGIA
Cinta yang bisa membuatkan hatiku GEMBIRA
aku kembali memburu cintaMu kerna,
CintaMu membuatkan aku bahagia kerna,
CintaMu menjamin ku ke syurga.
CINTAILAH DIA KERANA DIA YANG PALING LAYAK UNTUK DICINTAI
CINTA ANUGERAH DARI DIA UNTUK PARA HAMBANYA
OLEH ITU, KEMBALIKANLAH CINTA KEPADA SANG PENCIPTA CINTA....

mencintai dan ingin dicintai merupakan satu fitrah..anugerah yg dikurniakan oleh Tuhan..
ReplyDeleteterpulang pd stp individu utk mggunakan kurniaan tersebut..
hurrm.......
ReplyDeletethank you....